Online Diary Nursyuhada Kugilewlensa
cheritera kugilewlensa
22 februari 1996

Saturday 4 February 2017

SHORT VACAY TO PENANG !!

Yeayyy, dah lama tak update wehh blog aku. Busy je memanjang. Ambik masa yang lama kalau nak update blog punn kan. So harini nak cerita how happy i am dapat join short vacay dengan sahabat sahabat plus orang yang paling aku sayang. Cewahhh !! Rancang punya rancang sebab taktau nak pi mana kan, so kami semua sepakat pilih Penang sebagai trip vacation kami. Start bertolak pukoi 10 pagi alahh tau lah kan janji melayu macam mana. Cakap jaa pukoi 10 tapi pukoi 11 baru nak siap. Hahaha. Sampai penang jaa terus cari kedai makan nasi kandar kapitan tuu. Perghhhh, sedapnya Ya Allah. Tapi tuu laa beratur panjang. Masa tu pulak kami sampai dalam tengahari memang ramai laa nak makan situu. Sebab situ famous kan. So sebelum berjalan kena lahh isi perut dulu. Hahahaha. Habes makan terus pi Ayer Hitam naik Bukit Bendera.  

Sampai jaa sana nahhh padat orang woiii emmm tambah pulak 27 November 2016 tuu jatuh hari Ahad. Hahahaha memang padu lah kena beratur panjang nak naik train punn. Dah naik train satu hal dekat atas punya lahh ramai aduhh aduhhh. Dari plan nak pi sana sini tiba tiba lak jadi satu destinasi jaa sebab stuck 2 or 3 jam dekat atas Bukit Bendera. But serius enjoy dengan view yang basah basah sebab baru lepas hujan. Memang totally superb laa kan. Gambar ambik pun cantik. Plus pegi dengan orang yang kita sayang pulak. Alahai, benda kecik macam ni pun nampak sweet. Tapi tak pernah lagy lah naik Bukit Bendera waktu malam. Teringin nak rasa. Sure cantik gila pemandangan bawah tuu. Tapi time basah basah yang baru lepas hujan ni pun cantik jugakk. Yang penting kenangan tuu cewahhhh. Dah lewat so nak tidur dahh. Bawah tuu gambar-gambar yang sempat aku ambik hahahaaha. Goodnight guyss :) Assalamualaikum.




*muka happy baru lepas makan nasi kandar paling sedap*


*ermm, bajet hensem jer dua dua*



*good job guyss*


*mine (lol)*


* lol *


*love lock*


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 9 May 2016

Selamat Bertunang Syafikah Anuar

Assalamualaikum and selamat malam. Wow, its been so long tak update blog. So takdak lagy laa entry post untuk tahun ni. Hari ni 9 Mei 2016. Aku nak update pasal girlfriend i sorang nih yang dah officially jadi tunangan orang. Siapa sangka orangnya kecil, and nampak macam budak budak walaupun 20 tahun but dah bertunang. Hahahaha dulu masa satu geng sekolah dulu sama sama beringus sama sama comot pikiaq nak enjoy jaa tapi at last jodoh dia sampai dulu. Tahniah sayangg sebab you make it official. Selangkah lagy nak masuk alam perkahwinan. Semalam hari Ahad 8 Mei 2016 aku sempat hadir kenduri tunang dia. Even lambat tapi bersyukur sebab hadir jugak. Tengok dia pakai baju cantik cantik, make up lawa lawa, berinai sana sini.

OhmyGod, kawan kawan yang mai semua macam excited walaupun sebenarnya bukan kami yang nak bertunang. Dia rasa macam aura tuu mai sendiri bila tengok dia naik pelamin, bila tengok dia sarung cincin. Cantik tau. Tak sabarnya nak tengok dia kawen. Kalau dah tunang pun meriah mestilah masa kawen lagy meriah. Hehehehe. Bagus jugaklah dia buad kenduri boleh jugak jumpa sahabat sahabat lama since form 1. Even tak ramai yang datang cuma separuh well at least boleh jugak jumpa time kenduri kan. Haaaa, sembang benda benda lama. Bukan senang nak jumpa lagy dahh. Ada yang sibuk exam, sibuk urus bisnes, sibuk kerja, sibuk study. Haaaaa, ada jugak yang lost contact terus and ada jugak yang tak berteguq sapa terus. Itu lagy senang tak kacau orang dahh. Hahaha. Okeyy takmau sembang panjang lebaq kita tengok sajalahh gambar-gambar reunion kononnya plus gambar tunang dia. Yeayyy, again selamat bertunang Syafikah Anuar. Jodoh you kuat dengan dia In Sha Allah.



*ambil aura bakal pengantin*


*girlfriend zaman sekolah menengah*


*satu geng masa sekolah*








Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 21 December 2015

TRIP 6A3 KE KL

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum and selamat malam. wahh lamanya tak update entry blog aku. Biasalah blog ni jarang jarang nak update pun. Bukan selalu sangat nak buka nak belek. Tapi malam ni tiba tiba mood rajin mai so decide nak update pasai ROMBONGAN 6A3 KE KL :) Hahahaha. Lama dah sebenarnya rombongan ni tak silap lepas raya. Tapi masa tuu dah dekat dengan final sem dahh. Saja laa nak cipta kenangan so kami pun buad laa proposal segala bagai. Cewahh.
Aku pulak jadi sebahagian dari group yang kena handle projek rombongan ni, Kononnya aku penolong. Yang si ketuanya haa Kamal tu laaa. Kami dua laa yang banyak urus bab makan, tempat tido, tiket-tiket.

Kami bertolak pukoi 12 pagi pada tarikh 2 September 2015. Rombongan ni kami guna bas jiran aku. Nasib laa boleh kautim harga. So dapat laa murah sikit :* Malam tuu tidoq dalam bas laa cewahh. Aku punya partner sebelah sapa lagy kalau bukan si Syafiqah Anuar. Hahaha. Memang dah plan pun nak duduk sekali. Tapi ada la manusia tuu nak duduk dengan dia but dia takmau so dia duduk laa dengan aku.  Okeyy sambung balek cerita. Kami sampai dekat RnR Sungai Buloh lebih kurang pukoi 5. Sebelum tuu ya Allah hinggaq laa dalam bas. Langsung tak tidoq almaklum lahh semua pakat excited kan. Hahaha.

*kasi up satu gambar wefie masa dekat rnr Sungai Buloh*

Dalam pukoi 8 macam tuu kami naik bas and bertolak ke destinasi pertama kami iaitu Petrosains di KLCC. First time masuk Petrosains. sebelum ni singgah KLCC buad window shopping jaa tak laa sampai nak masuk Petrosains tuu. Harga tiket mesti laa ada discount sebab under sekolah kan. Beside kami memang dahh booking awal lagy. Thank you Petrosains sebab beri layanan yang amat baik. Then, kami mula berkumpul untuk teruskan perjalanan kami ke Muzium Kesenian Islam. Cantiknya tempat tuu. Seriusly. Okeyy malam pulak kami have fun dekat I City Shah Alam. Yihaaa. Hahahahaa.
*masa dekat depan KLCC*

*orang kuat rombongan*

Esok tuu kami teruskn aktiviti kami ke Putrajaya Presint 5 sebab kami dijemput hadiri Karnival Pendidikan. Samping itu, kami kena jugak hadir ke kelas Mandarin. So belajar laa sikit sikit bahasa Cina. Siap menang pertandingan lagy. Hahaha pertandingan kutip kacang guna chopstick. lahai memang kacang laa. hahaha aku dapat no 2. Sebab dekat rumah selalu guna chopstick. So tada hal lahh. Hehehehe. So pukoi 12 macam tuu kami on the way ke Lost World of Tambun. Yeayyyy. Memang have fun sangat laaa. Mandi sampai malam haaa. Hahaha. Thank you for semua yang join trip pi KL ni. Memang have fun sangat. Okeyy bye, 



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 30 July 2015

5PPN2 GET AWAY BEFORE RAMADHAN

22 Jun 2015

Bismillahirahmanirahim. Sebelum sambut bulan puasa yang lalu, aku dengan budak-budak kelas masa tingkatan 5 dulu *2013* sempat lagy buad get away dekat ayaq terjun Lata Bayu. Tapi kira okeyy laa kan sebab ada jugak usaha nak buad reunion walaupun bukan satu kelas yang join. At least bolehh jumpa balek depa semua. So entry kali ni nak belanja gambar-gambar jaa. Takmau tulis karangan lagy. Hahahaha.

*Baruu nak mula pasang itu ini*


*depaa ni still memanjat lagy, orang lain dah sampai dahh*


*Okeyy, jangan cakap member tak payungg*


*gigihh membakar tokeyy kita ni*


*while waitingg ayam habes bakar*


*Sebahagiann*

Semoga nanti kita ada masa lagyy untuk spend sesama untuk buad reunion kecil-kecilan macam ni. Cewahh. Tak kesah laa kecil atau besar janji meriah kan. Lot of love you all. Assalamualaikum. :)







Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

SHORT VACATION GENG ANAK DARA


29 MAC 2015

*Gengg Anak Dara*


*Qashwa, Pykah, Syu*

Haii and assalamualaikum semua. Fuhhh ahlan wassalan. First of all nak jerit satu benda " Lamanyaaaa tak update blogggg". Rinduuu, last update pun 2 Januari 2015. Makk aiii, berapa bulan aku tinggai. Busy biasalahh kehidupan sebagai student. Nak lagy tahun ni aku last Stpm. So tahun depan dahh bolehh hureyyy. Nak rest dari study tahun depan sampai bulan enam InshaAllah and then nak sambung degree pulak. Semoga Allah permudahkan. Okeyy, bukan nak cerita banyak sangat pnn pasai study ni but aku nak cerita yang ada kena mengena dengan gambar-gambar di atas. Sebenarnya gambar ni diambil masa kami tengah spend time dekat Taman Tema Air Carnival, Sungai Petani. Enjoy yang dekat-dekat dahh laa. Belum kukuh lagy kewangan nak pi sampai Sunway Lagoon but InshaAllah kalau ada rezeki nakk jugak sampai sana nanti. Cewaaahh. :*

Sebelum sampai sini sebenarnya kami kena siapkan dua assignment. Satu untuk subjek Sejarah satu lagy untuk subjek Pengajian Am. Memang stress sangatt laa nak buad assignment punn. Macam-macam ragam. Pening kepala tak yahh cerita laa, sampai ada yang bergaduhh dalam gengg kes assignment jaa. Biasa laaa, hahaha. Lepas jaa dah siap assignment, tinggal nak submit jaa dekat Cikgu. Aku pun buka laaa cadangan nak pi mandi ayaq terjun sebab kalau boleh aku nak letak kepala aku dekat ayaq hat tengah terjunn jatuh ke bawah tuu. Biaq keluaq semua stress memacam laa. Haaaaa, baru betoi. Tapi masa tuu tengah hot kes kencing tikus so terpaksa laa batalkan niat tuu. Then geng anak dara cadang nak pi mandi dekat Carnival. So kami pun pakat set date, survey harga tiket laaa. Harga Tiket Rm20 masa tuu murahh laa sebab kami guna student card, tapi kalau tak guna student card semua Rm 28. Hahahaha, untungg laa sebab kami ada student card kann. 

That day yangg kami pegi have fun dekat Carnival tuu, kami bertolak pukoi 10 pagi biasa laa berkumpul laa apa laa, sampai dalam 10.30, Dekat jaa punn, hahahahaa. Thenbayaq tiket apa semua siap sekali dengan locker lagy. Tukaq baju, dah ready semua maka bermula lahh keseronokan di situ. Wahhh memang best laa. Sebab pegi dengan kawan-kawan sama kot tuu yang lagy best. Palingg best masa dekat gelongsor biru tuu Ya Allah, siapa yang naik gelonggsor biru first time tuu memang rasanya macam ak tercabut jantungg mak aiiii. Ibu menggandung dan kanak-kanak yang tak cukup berat badan tak digalakkan naik laa. Aku naik banyak kali punn macam aku luruh jantung. Curam sama kot. Hahahahaa. Tapi apa apa punn itu yang paling best sebab bolehh have fun dengan kawan-kawan. So that's all pasal hilangg kan stress dan tinggalkan segala bebanan dekat Carnival tuu. Hahahahaah. Nanti ada masa lagyy kita set pi tempat lain pulak nahh gengg. Dengaq kata nak pi Krabi. *semoga jadi* Byee. 



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 7 January 2015

Page 8 of 365

Assalamualaikum and selamat tengahari rembang. Hahaha okey hari ini 8 Januari 2015 bermaksud muka surat 8 dari 365. Alhamdulillah, seribu kesyukuran kita semua panjatkan sebab di beri nafas untuk menghirup udara tahun baru 2015. Alhamdulillah sekali lagy :) Dalam mengecap tahun baru, sebenarnya dalam life aku sendiri ada masalah. Masalah dengan sahabat baik aku sendiri. Benda tuu jatuh pada malam kami sambut new year sesama. Malam new year tuu aku masa tuu pukul 9 aku tengah kerja part time dekat Central square. Aku dapat call dari Amin, dia cakap dia, man, angah, munir and mimi tunggu aku dekat rumah mimi. Okey aku cakap pukoi 10.15 aku sampai. Then, aku dah habes kerja terus pi rumah dia. Bincang lahh nak sambut new year kat mana. Bincang punya bincang dah dapat tempat nak sambut. Minum minum dekat medan Jam Besar lepastuu terus duduk dekat Dataran Jam Besar. Aku pun mandi mandi laa bersiap semua. Terus gerak.

Mulanya kami gerak sekali then terpisah sat sebab Amin nak cari toilet dekat Shell. Depa sampai awai lagy dari kami. So bila dah sampai medan mula bercerita minum minum semua sampai pukoi 12 macam tuu. Ajak pulak tengok apa ada dekat dataran tuu. Tapi kami lepak sat saja laa. Mula Amin ajak teman dia karoke and aku pun setuju nak ikut. Tapi bila pikir balik nanti balek lambat pulak aduhhh takot nanti kena marah la dengan ibu. Jadi, aku decide tanak ikut laa. Dah balik rumah tuu masa nak masuk Bandar Puteri Jaya alahaii roadblock pulak. Layankan saja laa naseb ada lesen. Hahaha. Sampai rumah letih Ya Allah. Dengan kerja pulak full hari tuu tapi hari itu jugak aku last kerja. Sebab contract kerja cukup sebulan saja. Jadi laa buad part time dapat duit lebih sikit sementara nak tunggu sekolah buka.

Sedang aku seronok landing atas sofa, adik aku angah luah suatu benda.

angah : wehh along, hangg nak tau dak apa kawan hangg cakap pasai hangg.
aku     :Siapa? Cakap pasai apa? Bila?
angah : Tadi masa kami sampai dekat medan Jam Besar, tunggu hangg dengan Amin sampai. Kawan             hangg cakap " Kak mimi bukan nak mengungkit tapi kalau mengungkit tuu lama dah aih. Syu             dengan  Amin tuu nampak Kak mimi dengan Man masa kami berduit ja. Masa depa senang                 tak nampak kami aih"

Ya Allah, aku tatau laa nak cakap apa lagy. Selama ni nak pi mana mana aku dengan Man yang banyak bawak keluar duit. Man tak cakap apa punn, dia sendiri cakap dia dengan aku yang banyak bawak keluar duit bila keluar empat orang. Okey aku tadak apa yang nak di cakap lagy. So aku ambik keputusan berdiam saja. Kalau nak diungkit tuu aku dengan man banyak lagy bawak keluar duit. So last from me semoga hari hari yang akan mendatang ni aku lebih berhati hati. Assalamualaikum.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 18 October 2014

ThrowBack : Dracula Untold with girlfrend saya :*

Tak ingat tarikh bila but maseh ingat lagy yang aku keluar berdua dengan manusia yang aku paling sayang. Hahahaha. Almaklumlah kan tumpang masing masing duk cuti ni duk ada dekat Sungai Petani ni kan, ini lah masanya nak keluar dating sesekali nak itu nak ini ka. Haaa, nanti if salah seorang or dua dua dah sambung belajaq tempat jauh susah nak hangout lagi. Silap silap nanti masing masing hangout bawak anak berderet haaaa. Hahahaha, umuq pun dah 18 dahh. Bila bila masa jaa orang boleh masuk minang ni. Nama pun perempuan kan :* Bukan gaduh apa, tunggu jaa yang berkenan di hati masuk minta :)

So, nak cerita yang hari Jumaat yang lalu, ahh tak ingat lahh tarikh bila. *kes malas nak tengok calendar sebenarnya* Aku and mimi keluar sekali.. Tak penah keluar tengok wayang sekali sebab selalunya kami keluar jalan jalan ronda sana ronda sini melepak sana melepak sini. Haaaaa, ini namanya buang tabiat ahh tiba tiba minah tu ajak tengok wayang. Aku ni pulak pantang diajak, usha purse Gucci aku yang tersangatlahh besaq tapi isi nipis tuu adalah dalam sekupang dua *hahahaha* so bolehh ahh kalau nak spend untuk tengok wayang tuu. Hehehehe.

Mula decide nak tengok Annabelle but masa pulak tidak mengizinkan. Yelahh, kami keluaq pukoi 3.30. Wayang tuu pukoi 5 baru start. Mana dan sampai rumah sebelum magrib *biasalah seorang anak mama seorang anak ibu* Then, without wasting time kami pilih laa cerita Dracula Untold tuu. Haaaa, sebab wayang cerita tuu start pukoi 4.30. Mula ingat tak best tapi rupanya tersangat lah best. Kalau tanya berapa bintang nak bagy tuu sure bagy 5 star :) Hahahaha, dah habes wayang tuu aceceh bajet mak datin gila kami buad window shopping. Masuk kedai sana masuk kedai sini, hahahaha tapi apa pun tak beli. Again, biasa lah perempuan :* Apa apa pun hari tuu memang girls day out :)


*Sementara tunggu Now Seating tuu nak menyala ke nomber bilik wayang kami tuu, kami selfie. Inilah wanita yang teman aku tengok wayang, haaa yang tengah tengok phone dia tu lahh*


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen